Utama > BantuanKosVan

01-Oct-2018

Kami merayu bantuan anda untuk menampung kos VAN Pasti ini

Assalamualaikum Sahabat-Sahabat Yang Dirahmati Allah,


Saya mohon masa sahabat untuk 2 minit.
Saya ingin cerita tentang satu perkara penting yang kami sedang usahakan.


Di Pasti Johor, kami berusaha sedaya upaya bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.

Untuk merealisasikan impian ini, kami melatih guru-guru supaya mereka memiliki kemahiran yang unik dan tersendiri. Guru-guru di sini diwajibkan mengambil program Diploma Awal Pendidikan Kanak-Kanak.

Latihan kursus untuk guru-guru ini berlansung di beberapa lokasi.
Ada yang dekat dan ada yang jauh.
Dari Johor ke Perlis, ke Kedah, bahkan ada yang ke Kelantan.

Di awalnya, kami terpaksa menyewa van dari agensi pengangkutan.
Kosnya boleh tahan.

Dan ada ketikanya kami meminjam kenderaan hamba Allah yang baik hati.

Akhirnya kami buat satu perbincangan.
Hasilnya PASTI Johor perlu mendapatkan sebuah van khusus untuk pengangkutan guru-guru dan kemudahan anak-anak PASTI seandainya diperlukan.

Kos van ini adalah RM125,000.

Jadi kami mohon bantuan sahabat-sahabat semua untuk menampung perbelanjaan mendapatkan van PASTI ini.

InsyaAllah van ini akan digunakan sebaiknya bagi melahirkan generasi Quran yang akan memimpin negara di landasan Islam.

 

KLIK DISINI UNTUK WAKAF VAN PASTI

 

KLIK DISINI UNTUK DERMA VAN PASTI

 

Visi

Melahirkan kanak-kanak soleh pintar di Malaysia melalui
pendidikan prasekolah berteraskan Islam.

Misi

Melaksanakan program pendidikan yang cekap,berkualiti
dan berkesan bagi menjadikan PASTI pilihan utama masyarakat
Malaysia.